Monday, October 2, 2017

Kisah Shaklee Saya

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Hari ini, cuaca mendung dan nyaman. Mungkin sbb smalam hujan sampai ke pagi. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah masih lagi diberi kesihatan yang baik, dapat berbakti kepada bonda dan dapat mencari rezeki yang halal. InsyaAllah..

Dah lama sebenarnya saya tak menulis ni. Terasa kekok pula. Tapi, disebabkan ada masa terluang, baik kita isikan? Rugi masa terbuang begitu sahaja.

Hari ini, saya nak menyentuh berkenaan kisah shaklee saya. Bagaimana saya terpikat dan jatuh cinta dengan produk ini. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang graduan di dalam bidang pharmacy ataupun nutrisi pemakanan. Akan tetapi saya telah ditakdirkan oleh Allah untuk bekerja di sektor farmasi komuniti (swasta). Tempoh perkhidmatan saya sudah mencecah angka 12tahun dan dari situ, saya belajar banyak benda tentang ubat2an, vitamin, makanan tambahan, pengurusan kerja, pengurusan jualan dan juga pengurusan pentadbiran. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, banyak yang saya pelajari, praktik dan perbaiki terutamanya dalam perkhidmatan pelanggan. Ialah, dalam apa2 bidang kerja sekalipun, perkhidmatan pelanggan memainkan peranan yang penting untuk memajukan perkhidmatan kita.

Ok, berbalik kepada kisah saya, sepanjang tempoh saya bekerja, duit gaji yang saya terima tak pernah cukup. Malahan tak dapat nak menabung walaupun sedikit. Orang kata, gaji datang macam kura2, tapi gaji pergi macam arnab. Nak tunggu gaji, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Begitulah perasaan saya. Dapat jer gaji hari ini, terus bayar pinjaman kereta, pinjaman MARA, bil telefon, belanja petrol dan sebagainya. Last2, kering macam tu jer. Tu belum masuk duit makan lagi. Memang stress kalu nk pikirkan pasal duit ni. Tapi itu adalah lumrah kehidupan kan.

Pada bulan Feb, saya ada terbaca pasal status kawan saya kat fb. Nama kawan saya Mazila Che Din. Mazila ni kawan lama saya kat sekolah menengah dulu. Lepas tu, saya terus inbox personal kat dia. 1st skali, saya tanya macam mana nak join shaklee ni. Berapa yuran kemasukan dan syarat2 untuk join syarikat ni. Lepas tu, dia terangkan 1st yuran kemasukan rm69.90. Boleh beli apa2 barang. Takde limit. Dan yang penting kalau buat pembelian dengan 200uv dapat join member free. So, saya dengan rela hati memgeluarkan modal sebanyak rm800 untuk membeli produk2 shaklee dengan keahlian percuma. Dari situ, dengan ilmu tentang produk yang saya ada, saya terus membuka langkah untuk membantu kawan2 yang bermasalah kulit. Alhamdulillah, bulan pertama saya sempat merasa bonus daripada syarikat shaklee sebanyak rm38 sahaja. Tapi alhamdulillah, daripada situ, ia terus membakar semngat saya unyuk lebih mara ke hadapan lagi. Dengan penyertaan di dalam group whatsapp maktok2 dan juga diskusi serta latihan kendiri, ia menambahkan lagi ilmu tentang produk dan push factor untuk mencapai apa yang saya kehendaki. InsyaAllah.

Dari situ, saya telah istiqamah dengan VB saya yang pertama iaitu untuk menambah duit poket. Seperti yang saya ceritakan, duit gaji saya tak pernah cukup untuk menampung hutang2 dan perbelanjaan seharian. Jadi, dari sini dengan duit bonus yang shaklee bagi, dapatlah saya buat duit modal dan tabungan untuk kegunaan saya pada masa akan datang.. insyaAllah

Ini sahaja kisah shaklee saya pada kali ini. Semoga kita ketemu lagi di dalam bicara tentang Jatuh Cinta dengan Shaklee.

Sekadar coretan,
ShakleeKakNiney
Fb: Ruziani Abdullah
3Okt2017
1:30pm